Wednesday, December 8, 2010

Khas buatmu yg akan m'jadi pendampingku kelak....



Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang bleh untuk kau pilih. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna. Kerana ku ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku...

Aku tak sebijak bonda khadijah, kerananya ku ingin kau tahu, aku bisa saja berbuat salah dan begitu menyebalkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku.. Ingatlah, tak selamanya aku dapat nampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kau dan anak-anak kita nanti –insya’Allah. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus mengemas istana kecil kita, agar kau dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu pulang bekerja.. Ataukah kau akan menemukanku tersengguk2 saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetik pun tertidur kerana harus menjaga anak kecil kita yang sedang meragam, dan ku tau kau letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..

Padamu yang akan menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis dan tak terkontrol, bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanyalah pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul perlahan si kecil kerana lelah dan penatku di tambah rengekannya yang tak habis2. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kamu semua, dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang akan menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak secerdas aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang akan menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai keriput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bercambah, iaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah.. Tiap hari, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa..

Thursday, July 8, 2010

.: JanGan Lupa JaDi iSteri SeteLah B'geLar iBu :.

Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi,sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.
Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri,ambil nasi sendiri ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan.
Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan, ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.
Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, “Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi….”. Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, “You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah…”
Tu baru bab lahiriah yang dipinta.. kalau alasan tu juga dibagi waktu berkehendakan hubungan badan.. hmmmm tak tau la cek nak kata.. takut nanti ada isteri2 yang makan hati akhirnyer bila suami menyatakan keinginan utk beristeri satu lagi…:).. Senantiasalah beringat bahawa seorang suami yang menyimpan perasaan marah atau tak puashati terhadap tolakan kita… sepanjang malam kita akan dilaknati oleh malaikat… sehinggalah suami kita memaafkannya. . Kerna itu.. seboleh2nya. .jangan biarkan si suami tertidur sendirian kerna menantikan kehadiran kita menemaninya .. kalau boleh, hentikan dulu kerja2 yang dilakukan.. temani suami buat seketika utk memenuhi keperluan dirinya.. tak semua semua inginkan seks semata2.. ada yang hanya mau lena dipelukan anda atau sebaliknyer. ..
Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri. Pesan beliau, “Isteri jangan lupa menjadi isteri”. Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan sayang walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain. Jangan sesekali ambil remeh perkara begini..biasernyer bagi lelaki yang sudah berumahtangga, satu cara utk dier lepaskan bebanan kepala setelah seharian bekerja.. adalah dengan menerima layanan baik dari isteri..sekalipun hanya dengan senyuman isteri dimuka pintu… tatkala itu..dihatinya pasti rasa sungguh gembira kerana ada yang menanti dan meringankan bebanan emosi nya..
Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan. Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Mereka juga selalunya atau kebanyakkannyer berasa suami harus faham keadaan mereka yang senantiasa diperlukan oleh anak2..ini silap.. sekalipun berapa anak yang diperolehi.. .suami tetap merupakan “Anak Sulung”… walau sayang banyak mana pada anak pun.. suami harus senantiasa didahulukan. …;)
Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka boleh terlupa yang diri sudah bergelar suami. Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada “pendinding” akan sengaja membahasakan diri tua dengan perempuan dibahasakan dirinya ‘Pak cik’ adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala keinginan.
Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan bilamana keadaan dirinya tak tenteram…dan dikala ini apabila ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan. Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami.

.: JanGan aDa BenCi :.

Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya.
Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.
Kaedah Mengikis Benci
Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempattidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita denganmemaafkan semua orang sebelum tidur? Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.
Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan
Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:
1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).
3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.
5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a. w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.
7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.
10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.
11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.
12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.
14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.
16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.
Terlebih dahulu baiki diri untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita.

Thursday, May 20, 2010

.:: Mengapa Wanita Menangis... ::.

Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyababkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu. Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita maka bermalamlah dalam kegelapan.

1. Punca wanita menangis.

Mencuci mata ( merupakan salah satu cara untuk meluahkan rasa stress-dalam masa yang sama, dapat membuang bahan kimia yang terdapat dalam mata)
Mengurangkan stress.
Tanda keinsafan/penyesalan.
Sebagai ugutan emosi.
Perempuan mempunyai 9 emosi dan 1 akal. Emosi yang terkumpul banyak ini, membentuk peribadi seseorang wanita yang ketara kelembutannya, kasih, bertimbang rasa dan menghargai orang disekeliling nya. Daya tumpuan akal seseorang wanita banyak dipengaruhi oleh emosi samada ia memberi kesan baik ataupun buruk.
Sekiranya seseorang wanita itu menangis 2-3 kali atas sebab rasa syukur dan redha; pahala buat dirinya, buat kali ke 2 dan ke 3.

2. Kesan tangisan.

Dapat perhatian
Suasana rumah tangga tergugat.
Lelaki jadi bingung.
Orang lain dapat mesej.
Mata bersih dan sihat.
The world stops at the moment when women cry.
Orang bahagia dan gembira, tidak semestinya dia tersenyum dan orang senyum, sudah semestinya dia gembira.

Penyelesaian untuk mengurangkan rasa sedih:

1. Senyum dulu + Mengimbau perkara yang membuatkan anda rasa sedih = Perlahan2 melatih diri supaya tidak sedih dan menangis lagi.
2. Selalu berdoa kepada Allah.
3. Belajar untuk redha ( Baik atau buruk adalah untuk kebaikan hamba-NYA)
4. Sentiasa tersenyum – Banyak hormon baik yang keluar dan membantu seseorang wanita untuk memulakan hari dengan penuh keyakinan dan gembira.
Tangisan seseorang wanita adalah untuk melaungkan suara hati – Minta dibelai, disayangi dan dipamerkan kasih sayang. (Ia terpendam dan terbuku dalam hati)
Ramai yang tidak tahu bahawa apabila seorang suami menaikkan suara samada sedar atau tidak, ia menjadi antara punca mengapa seorang isteri mudah menangis. So, control your voice projection!
Tangisan boleh membawa kesan yang positif, sekiranya dilakukan dengan tindakan yang positif juga.

.:: 60 Petua Mendapatkan Pasangan ::.




1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

di petik dr: Dr. Fadzilah Kamsah

Tuesday, April 27, 2010

~ Jalan2 Di Bandung + Jakarta ~

assalamualaikum...hai kwn2...sy nk citer psal trip sy ke bandung n jakarta ari tu...seronok sgt...rasa cam nk pi lg...shopping sakan...hihi... sy pi sana pd 8hb.April yg lalu...4 hari 3mlm sy kt sana...sy kumpul cuti sy, semata2 nk pi sana...excited sgt...smpai je kt airport sukarno, jakarta, hepi sgt2 wpun t'sangkut 2jam kt imigresen gara2 byk penerbangan yg landing time tu, org pun ramai...tu yg jd lmbat..hmm...xpe la, janji slamat smpai...sy pegi 8 org dgn parents, nenek n mkcik2 sy...sy yg plg muda...hihi...lepas je imigresen, trus cri pemandu pelancong yg dh di booking khas oleh ibu' ani(mak sy)hihi...dh jmpa pemandu pelancong yg di panggil Sandy (org nya ganteng, tp udah anak 2)kitaorg pi solat dlu, then bru teruskan p'jlnan ke bandung yg amik masa 3jam...masing2 dh capek (penat) tp xleh nk tdo sbb excited nk tgk negara org...slalu tgk citer indon je, bila dh smpai cnie cam xcaye lak, sebiji dlm drama indon...hihi...ni lah pemandangan bandar Jakarta wktu mlm... lebih kurang cam KL je...
Then,dlm p'jlnan ke bandung, kitaorg berenti rehat tuk mkn mlm di p'hentian...kitaorg mkn nasi padang...1st time sy mkn nasi padang...mula2 tgk cam t'kejut,bila tiba2 pelayan hidangkn lauk2 yg mcm2 atas meja...biar betul, byk tul lauk2 nyer...huhu...rupanyer nasi pdang mmg cenggitu...mna lauk yg xdiusik, dia xkan kira...bru la sy tau...tp sy xleh nk telan sgt, mungkin xleh nk msuk dgn selera sy..huhu...pas mkn truskan p'jlnan ke Bandung...sbb capek sgt, sy pun t'tdo, sedar2 dh smpai di hotel Sany Rosa,Bandung..cantik sgt hotel dia..hotel b'taraf 3 bintang, tp cam 4 bintang di M'sia...
keesokan harinya, jam 8pg wktu indonesia ( 9pg wktu M'sia) kitaorg smbung p'jlnan ke Tangkuban Parahu, tmpat kawah gunung berapi dlu...jln dia b'pusing2 sama cam nk pi Cameron Highland...nasib baik xmabuk...hihi...smpai je kt sana, cuaca sgt sejuk...pemandangan dia pun sgt cantik... ni sebelum masuk kt tangkuban parahu..
ni lah kawah gunung berapi nyer...time ni, wktu pg, cuaca pun sejuk...

b'gambar kenangan satu family...

sy yg paling muda...posing sakan la...hihi

Then, kitaorg teruskan p'jlnan pi ke strawberry park...manis sgt strawberry kt cnie...besar2 lak tu...yg bestnya, bleh petik strawberry sndiri, dgn hrga 1kg=60ribu rupiah...my mum la org yg plg excited skali nk petik strawberry...hihi...nenek pun ikut excited gak...
seronoknyer la mak sy ni...hihi

ni lah strawberry Bandung...manis sgt...

lepas puas petik strawberry n minum air strawberry, kitaorg truskan pjlnan tuk shopping...waaa....sgt seronok..smpai je kt pasar baru, ya Allah, jd rambang mata...semua nyer murah2...cantik2...kt cnie, sy beli jubah manik purple, blaus labuh putih, seluar slack, n tudung indon...hihi...klu ikutkan byk lg nk beli, tp simpan duit tuk shopping kt jakarta plak...pas pi pasar baru, kitaorg di bawa lak di terminal tas, butik jual beg tgn, dompet n tali pinggang...byk sgt beg cantik2...lama sgt duk pilih beg, last2 beli beg tgn coach yg b'harga 139ribu rupiah (RM50.60) original tau...huhu...pas pi terminal tas lak, pi toko 3 lak, kdai jual jeans n brg branded yg ori..hrga dia murah ckit je dr kt M'sia...then, kitaorg pi kdai kasut Donatello...msuk je kt butik kasut ni, sy t'cengang seketika...byk nyer kasut yg lawa2...teruja sgt2...pilih punya pilih, smpai dua kasut sy beli...hihi...hrga pun bleh tahan murah..hmm...shopping sakan sy kt cnie...hihi...penat b'shopping, kitaorg pi mkn n then blk hotel...

keesokan harinya kitaorg b'tolak ke jakarta yg amik masa 3 jam...sepjg p'jlnan, sy tdo je, sbb kepenatan shopping semlm xilang lg...hihi...tiba di jakarta tgh ari...pegi mkn kt mangga 2, then trus smbung shopping kt mangga 2...kt cnie, xbyk sgt yg menarik...so, xde lah lama sgt shopping...pas penat b'jln, kitaorg check in kt herritage hotel..smpai je hotel, trus t'baring kepenatan...mkn mlm pun xkuar, sbb sy temankan nenek sy yg dh xlarat nk b'jln, sbb kepenatan...hihi...
esok pg nya, kul 8pg, kitaorg dh check out hotel...then trus b'tolak ke tanah abang, syurga shopping di Jakarta...hmmm....xtau nk kata la bila msuk je kt tanah abang ni...t'lalu byk pilihan n semuanya cantik2...kt cnie sy beli kain cotton tuk wat bju raya,sekayu sy beli tuk 1 family...hihi...boria la raya thn ni...then sy beli blaus lg,beli jubah,beli kain ela...hihi...shopping sakan... =) smpai x terlarat nk round satu shopping kompleks tu...pas shopping je, gi mkn kt food court...kebetulan plak, ari tu annivessarry my mum n dad...sblum pi shopping td, sy dh pakat dgn pemandu pelancong suh belikan kek...nk wat surprise...so, time mkn ni lah, sy wat surprise...dpt gak smbut annivessarry my mum n dad yg ke 36 dgn sebiji kek...hihi...

my mum n dad...luve u so much...

after lunch, kitaorg pun b'tolak ke airport, tuk pulang ke M'sia...dtg dgn sorg satu beg, blk berbeg2...hihi...

semua ni brg2 yg shopping kt bandung n jakarta...
sronok sgt...dgn hnya RM400 sy dpt 2helai blaus,2jubah,2pasang kasut,kain ela,beg tgn n ole2 tuk kwn2...syok sgt...insyaAllah, ada rezki, sy nk pi lg...sape nk ikut???? ngee.... =) ok lah kwn2, jmpa lg di story yg akan dtg, di destinasi yg b'beza, insyaAllah...
wasalam...